Tuesday, August 17, 2010

JURNAL REFLEKSI MG KE-5


Assalamualaikum...

Jurnal refleksi minggu ke-5 datang lagi. Pada minggu ini, kuliah yang disampaikan oleh En. Amran sangat menarik iaitu mengenai Gamelan dan CakLempong..Sebelum saya mengikuti kelas muzik tradisional, saya hanya mengetahui sedikit sahaja pengetahuan mengenai Gamelan iaitu Musik Gamelan sering dimainkan dalam majlis keramaian. Manakala pengetahuan saya mengenai Caklempong pula adalah kosong. Saya tidak tahu mengenai musik Caklempong sebelum ini. Apabila mengikuti kelas pada minggu ke-5, saya sudah memperolehi pengetahuan dengan lebih mendalam lagi mengenai Gamelan dan Caklempong. Saya telah mengetahui mengenai sejarah Gamelan iaitu Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Menurut cerita orang dahulu, Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan. Selain itu, saya juga jelas tentang jenis-jenis gamelan dimana Gamelan terbahagi kepada dua jenis iaitu gamelan Melayu dan Gamelan Jawa.

Seterusnya saya juga telah mengetahui alat musik Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa dan yang terakhir ialah sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur. Sebelum ini saya hanya melihat musik dan alat-alat gemelan di mainkan dalam filem 'Pontianak Harum Sundal Malam'. Dari situ saya mengetahui mengenai musik Gamelan.

Seterusnya, pada kuliah minggu ke-5, saya juga mengetahui megenai Caklempong. setelah melihat video yang ditayangkan oleh En.Amran mengenai tarian piring yang diiringi dengan Caklempong, saya sangat terpegun melihat tarian tersebut. Sungguh menabjukkan. Saya sangat tertarik dengan video tersebut. saya juga mengetahui mengenai sejarah Caklempong, alat musik Caklempong dan Sistem tonal,Melodi,Bentuk dan Irama.

Dan akhir sekali, perkara yang paling menarik pada kuliah minggu ke-5, saya telah memegang dan bermain sendiri alat musik Gamelan iaitu Gambang. Saya sangat suka dan terharu apabila boleh bermain dengan hasil gabungan semua alat musik gamelan bersama rakan-rakan sambil diberi tunjuk ajar oleh pelajar-pelajar musik. Ribuan terima kasih kepada pelajar musik kerana sudi memberi tunjuk ajar kepala kami pelajar pengajian Malaysia..
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar Kump A

Blog pelajar Kump B

Blog pelajar Kump C

SMP 2252 EMMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template