Monday, August 2, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-3


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti biasa setiap minggu pelajar perlu membuat jurnal refleksi daripada kuliah yang telah disampaikan. Pada minggu ke-3, saya didedahkan dengan klasifikasi alat muzik, kategori muzik tradisional Malaysia dan juga ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Sebelum ini, pengetahuan saya mengenai pembelajaran tersebut sangat cetek. Pengetahuan saya hanya terhad kepada beberapa jenis muzik tradisional sahaja tetapi tidak mengetahui ciri-ciri setiap satu daripadanya.

Pada minggu ke-3 saya telah didedahkan dengan lebih mendalam lagi mengenai perkara-perkara tersebut. jika sebelum ini saya telah mengetahui mengenai soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat musik dan konsep/struktur yang sangat menarik perhatian saya. Manakala pada minggu ke-3 pula pembelajaran sangat bertambah menarik. Jika pada minggu ke-2 alat-alat muzik hanya dikategorikan dalam kumpulan membranofon, idiofon, aerofon dan kordofon tetapi dalam kuliah minggu ke-3, alat-alat muzik ini dikelaskan kepada klasifikasi yang lebih mendalam iaitu dari perspektif adaptasi dan idiosinkreatif. Pada minggu ke-3, hasil pembelajaran yang saya perolehi adalah perspektif adaptional ini merupakan penyesuaian. Penyesuaian ini ialah menerima pengaruh muzik daripada luar dan setiap negara mempunyai mode yang berbeza antara satu sama lain. Manakala perspektif idiosinkretik pula ialah mempunyai gaya tersendiri dan sulit. Tiada perubahan tehadap alat muzik tersebut, unsurnya stabil dan berbentuk asal. Contohnya, gambus di Arab dan di Malaysia adalah sama. Bagi klasifikasi alat muzik pula, budaya Cina, India dan Barat mempunyai sistem penyusunan alat muzik masing-masing di mana Cina mempunyai 8 kumpulan asas, manakala India pula mempunyai Natyadhastra dan barat pula berpandukan sistem taksonomy.

Terdapat dua ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Tradisi besar terdiri daripada budaya klasik/Istana dan tradisi kecil pula terdiri daripada budaya rakyat. Walaubagaimana pun, pada satu ketika dulu, budaya muzik istana dan rakyat berbeza yang mana rakyat tidak boleh menyampaikan budaya istana. Ia merupakan kesalahan jika dilakukan tetapi pada masa sekarang masalah ini tidak lagi berlaku yang mana tradisi besar dan tradisi kecil ini bergabung sehingga melahirkan lima kategori utama muzik tradisional. Lima kategori ini terdiri daripada muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik tradisional. Sebagai contoh, bagi kategori muzik rakyat ia diaplikasikan oleh masyarakat desa atau petani dan ia tidak pernah berubah sehingga sekarang. Muzik rakyat ini mencerminkan nilai dasar dan kebudayaan. Manakala ciri-ciri muzik tradisional Malaysia pula terdapat enam ciri iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel lain.

Kesimpulan yang dapat saya huraikan di sini adalah saya menjadi semakin teruja untuk mengikuti kuliah pada minggu yang seterusnya. Sebelum ini, saya pengetahuan saya sangat terhad. Hasil daripada pembelajaran yang di ajar oleh en.Amran, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan. Saya berharap agar kuliah pada seterusnya akan menjadi lebih menarik lagi. Pada minggu seterusnya, saya berharap agar En.Amran menerangkan tentang lagu rakyat. saya ingin sangat mengetahui tentang lagu rakyat. lagu rakyat sangat popular pada satu masa dahulu. tetapi pada hari ini lagu rakyat sudah tenggelam dalam arus muzik moden. saya berharap agar En. Amran boleh memberi kuliah tentang lagu rakyat.


Sekian, terima kasih



Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar Kump A

Blog pelajar Kump B

Blog pelajar Kump C

SMP 2252 EMMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template