Sunday, July 25, 2010

Minggu ke-2 ; Jurnal Refleksi


Salam semua kepada kawan-kawan pelajar SMP2252, Muzik Tradisional. Sedar atau tidak sedar kita telah pun melangkah masuk minggu ke-2. Seperti kita ketahui pada minggu pertama, kita diperkenalkan kepada cara-cara membuat blog dan kita telah pun berjaya menghasilkan satu blog peribadi untuk diri kita sendiri. Sebelum saya mengikuti kelas muzik tradisional ini,pengetahuan saya mengenai muzik traditional sangat cetek. Saya hanya mengetahui pengetahuan asas sahaja mengenai bidang ini. Sebelum ini saya juga telah mempelajari tentang musik tradisional semasa di semester satu melalui subjek budaya dan warisan masyarakat. Melalui kursus ini, saya telah didedahkan dengan alat-alat musik, pakaian tradisional, jenis-jenis musik tradisional dan lain-lain lagi.

Selain itu saya telah ditugaskan oleh pensyarah kursus tersebut untuk membuat kajian tentang tarian zapin. Saya bersama ahli kumpulan seramai 10 orang telah menjalankan kajian tentang zapin di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Melalui kajian ini, saya mendapat serba sedikit pengetahuan mengenai tarian zapin. Selain itu, saya sendiri telah mencuba pakaian yang dipakai oleh penari-penari zapin dan mempelajari langkah-langkah gerak tarian zapin.Walau bagaimana pun, saya hanya terdedah kepada tarian zapin sahaja. Tetapi, melalui kursus musik tadisional ini, pada pemulaan kelas lagi saya telah tertarik dengan gaya persembahan P&P pensyarah saya iaitu En. Amran Aris. Cara penyampaian beliau dalam kelas sangat menarik dan saya semakin teruja untuk mempelajari musik tradisional.

Pada kuliah minggu kedua pula saya telah didedahkan oleh banyak ilmu pengetahuan mengenai musik tradisional. Kuliah mengenai soundscape, budaya musik, sejarah, kategori alat musik dan konsep/struktur sangat menarik perhatian saya. Setiap satu tajuk itu telah didedahkan dengan lebih mendalam lagi kepada kami. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai zapin sahaja tetapi melalui kuliah pada minggu kedua, saya telah mengetahui daripada pengetahuan asas iaitu apa itu musik sehinggalah sejarah musik yang diasimilasi daripada Thailand, Indonesia dan juga Barat. Manakala bagi jenis-jenis alat musik pula saya dapat mengetahui kategori alat musik iaitu kardofon, membranofon, aerofon dan idiofon. Kuliah pada minggu kedua bagi saya sangat menarik disamping tayangan gambar dan video yang telah diselitkan didalam huraian kursus. Saya menjadi semakin teruja untuk mengikuti kuliah yang seterusnya.

Saya berharap kuliah seterusnya akan lebih menarik dan semakin menarik perhatian kami semua. Justeru saya mencadangkan supaya En Amran Aris menceritakan sedikit tentang tarian inang. Saya melihat tarian inang pada masa sekarang sudah tenggelam oleh arus perubahan masa. Bagi saya tarian inang sangat menarik kerana lenggok tarian yang lemah lembut disamping pakaian yang cantik . Kalau boleh saya ingin mmempelajari tarian inang dengan lebih mendalam tentang sejarah, kategori alat musik dan lain-lain lagi.



Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar Kump A

Blog pelajar Kump B

Blog pelajar Kump C

SMP 2252 EMMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template