Monday, August 9, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-4

salam..

Pada kuliah minggu ke-4, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan mengenai wayang kulit. sesi kuliah pada minggu ke-4 sangat menarik hati saya. Pada permulaan kelas, En.Amran telah membuat set induksi untuk menarik perhatian pelajar-pelajar supaya lebih peka terhadap P&P. Penayangan video mengenai bayang-bayang manusia yang boleh menjadi bentuk binatang, kereta dan manusia sangat menarik dan berjaya mencuri hati saya. Sebelum ini, saya pernah melihat persembahan wayang kulit yang dipersembahkan oleh kawan saya sendiri di UPSI. Sehingga hari ini, saya tidak pernah menonton persembahan wayang kulit yang sebenar iaitu wayang kulit yang dimainkan oleh golongan perfesional. saya begitu teringin sekali untuk melihat dihadapan saya. selain itu, sebelum mendapat ilmu pengetahuan mengenai wayang kulit pada minggu ini, apa yang saya ketahui, wayang kulit hanya terdapat di Kelantan sahaja. tetapi setelah mendengar kuliah pada minggu ini, barulah saya ketahui bahawa wayang kulit bukan sahaja terdapat di negeri Kelantan malah juga terdapat di negeri Kedah dan Perlis iaitu Wayang Gedek.

secara jujurnya, saya merupakan anak watan negeri Kedah Darul Aman. saya sendiri tidak mengetahui bahawa di negeri saya terdapat persembahan wayang kulit Gedek. apabila saya telah mengetahui mengenai wayang gedek, saya teringin melihat dan mengkaji dengan sendiri wayang gedek di Kedah. saya mahu melihat apakah persamaan dan perbezaan antara wayang kulit Kelantan dan Wayang Gedek di Kedah. selain itu, saya juga telah mengetahui bahawa terdapat perbezaan pergerakan pada patung wayang kulit Kelantan dan Indonesia. perbezaan pergerakan pada tangan patung dimana pengerakan tangan pada patung wayang kulit Kelantan hanya digerakan sebelah tangan sahaja manakala pengerakan tangan pada patung wayang kulit di Indonesia digerakkan kedua-dua belah tangannya. jadi selepas ini, saya telah dapat membezakan antara wayang kulit Kelantan dengan wayang kulit Indonesia.

selain itu, saya juga telah mengetahui bahawa terdapat persamaan pada semua penggunaan patung untuk wayang kulit Kelantan, Kedah dan juga Jawa dimana penggunaan patung epik Ramayana dan Mahabrata. selain itu jalan cerita wayang kulit juga sama. oleh itu, pada minggu ini, saya telah mempelajari banyak sangat ilmu pengetahuan baru mengenai wayang kulit. kuliah pada minggu ke-4 sangat menarik dan saya berharap kuliah pada minggu ke-5 akan lebih menarik daripada kuliah minggu ke-4..
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar Kump A

Blog pelajar Kump B

Blog pelajar Kump C

SMP 2252 EMMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template