Tuesday, October 26, 2010

JURNAL REFLEKSI MG KE-13


assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Jurnal refleksi minggu ni adalah refleksi untuk minggu kedua terakhir sebelum selesai sesi kuliah pada semester ini. Pada minggu ini, kami didedahkan dengan mengenai 'gendang 24 musim'. Sebelum ini saya tidak ada pengetahuan lansung mengenai gendang 24 musim ini dan ini merupakan pertama kali saya mendengar mengenai gendang 24 musim.

Gendang 24 musim in tidak begitu popular seperti muzik lain contohnya wayang kulit, mak yong, menora dan lain-lain lagi. Oleh itu, saya merasakan sangat bersesuaian jika gendang 24 musim ini diperkenalkan kepada orang ramai.


Teruskan Membaca...

Tuesday, October 12, 2010

JURNAL REFLEKSI MG-11


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Bertemu lagi kita dalam jurnal rekleksi minggu ke-11. Minggu ke-11 ini merupakan minggu penting bagi saya dan ahli-ahli kumpulan saya yang lain. Ini kerana, tibalah masa giliran kumpulan saya untuk membuat pembentangan mengenai wayang kulit. Saya bersama ahli kumpulan seramai 6 orang telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan pembentangan kami. Pertama sekali kami telah pergi ke ASWARA untuk membuat kerja lapangan mengenai wayang kulit. Ternyata ilmu pengetahuan yang kami dapat dari Pak Nasir yang merupakan seorang Tok Dalang terkenal dari Kelantan telah membuka mata kami mengenai wayang kulit. secara jujurnya, saya sebelum didedahkan dengan tugasan wayang kulit ini, saya tidak tahu lansung mengenai wayang kulit ini. Setelah pergi ke ASWARA dan setelah menemuramah Pak Nasir maka saya telah mendapat gambaran penuh mengenai wayang kulit ini.

Kami semarai 6 orang dalam kumpulan telah di agihkan tugasan masing-masing untuk memudahkan tugasan wayang kulit yang akan dibentangkan. Saya telah mendapat tugasan mengenai Wayang Kulit Gedek, manakala 5 orang ahli kumpulan saya yang lain menerangkan mengenai Wayang Kulit Kelantan, Jawa dan Melayu. Pada mulanya kami hanya ingin membentangkan sahaja hasil kerja yg kami dapat mengenai wayang kulit ini didalam bentuk slide tanpa ingin melakukan demontrasi tetapi setelah difikirkan kembali, saya merasakan demontrasi wayang kulit perlu dilakukan untuk memberi gambaran yang lebih jelas lagi kepada kawan-kawan lain. oleh itu, saya bersama rakan-rakan sekumpulan bergegas mencari idea untuk membuat demontrasi. Ternyata staf di fakulti muzik memberikan kerjasama dengan baik apabila mereka mahu bekerjasama untuk mengadakan demontrasi.

oleh itu, maka pembentangan kami pada hari itu telah dimulakan dengan demontrasi oleh Staff seni muzik. ternyata staff-staff tersebut sangat mahir dengan wayang kulit. Syabas saya ucapkan kepada staff muzik tersebut. Hasil dari persembahan demontrasi yang ditunjukkan oleh staff muzik telah berjaya menarik minat pelajar-pelajar dalam kuliah tersebut. Lawak jenaka yang dipersembahkan oleh Tok Dalang telah membuahkan hasil apabila rakan-rakan kelas ketawa dan sangat gembira.

Selain itu, setelah selesai demontrasi, kami telah membentangkan bahagian masing-masing mengenai wayang kulit. Tennyata semua rakan-rakan saya berjaya menguasai wayang kulit dengan baik dan berjaya menjawap soalan yang diajukan dengan baik sekali. Saya merasakan sungguh lega dan terharu setelah semuanya selesai dan mendapat pujian dari rakan-rakan semua. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi pujian.

Sekiranya ada pertanyaan dan sebarang kemusykilan yang ingi diajukan kepada kami mengenai wayang kulit. rakan-rakan bolehlah melayari blog kami iaitu http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/

Sekian, Terima Kasih.....
Teruskan Membaca...

Tuesday, October 5, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-10

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..

Pada minggu ke-10, terdapat 2 buah kumpulan telah membentangkan tajuk masing-masing iaitu berkaitan tajuk "Nobat " dan 'Muzik Okestra Cina Moden". Melalui pembentangan yang telah disampaikan ,saya lebih memahami apa itu Nobat dan Muzik Okestra Cina Moden dengan lebih mendalam. Kumpulan yang membentangkan tajuk Nobat berjaya memberi gambaran yang jelas apa itu Nobat sebenarnya. Sebelum ini, saya tidak tahu apa itu Nobat secara keseluruhanya tetapi apabila telah diterangkan secara detail dalam persembahan oleh kumpulan tersebut maka saya lebih memahami apa itu Nobat.Selain itu, pembentangan yang dilakukan juga berjalan dengan lancar dan setiap ahli melakukan pembentangan dengan baik dan dapat memberi komitmen yang tinggi justeru dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan positif dan inovatif.

Seterusnya, kumpulan yang membentangkan " Muzik Okestra Cina Moden" juga turut memberi kerjasama yang baik berdasarkan hasil pembentangan yang dilakukan. Dimulakan dengan pengenalan tentang sejarah muzik okestra cina moden ini berjaya menarik minat saya untuk masuk ke dunia muzik itu. Hasil kerja lapangan mereka yang ditunjukkan kepada kami ternyata membawa satu kelainan dari kumpulan-kumpulan lain sebelum ini. Sebelum ini, saya langsung tidak tahu apa itu muzik okestra cina moden. Saya hanya mengetahui tentang opera cina sahaja maka 'muzik okestra cina moden' adalah benda bari bagi saya. Setelah mendengar penjelasan mengenai muzik ini saya mengetahui terdapat banyak kelainan di dalam muzik ini berbanding muzik-muzik yang lain terutamanya peralatan muzik yang digunakan ternyata berbeza dan unik dari yang lain. Oleh itu, kumpulan ini berjaya membuat pembentangan yang baik kerana mereka dapat menguasai tajuk yang diberikan dengan baik.

Oleh itu, tahniah dan syabas kepada kedua-dua buah kumpulan...
Teruskan Membaca...

Monday, September 27, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU-9

Assalamualaikum dan salam lebaran...

Dalam minggu ke 9, pembentangan telah dilakukan oleh kumpulan Mak Yung. Sebelum pembentangan dibuat, dekan fakulti muzik dan seni persembahan, Prof Madya Dr Hassan serta beberapa staf pemuzik yang baru telah diundang oleh en Amran telah membuat demo persembahan tentang cara bermain alat-alat seperti rebaba, serunai, gong dan lain-lain. pada pemerhatian saya, persembahan yang dilakukan secara lansung itu sangat menarik sekali. ini kerana pertama kali saya melihat pemuzik bermain dihadapan mata saya. ini adalah pengalaman yang sangat menarik dalam hidup saya.

Dekan juga telah menceritakan sedikit tentang pengalamannya semasa bermain muzik tradisional di luar negara dan ini menambah minat kami untuk mengetahuinya. Ceramah ini mengambil masa kira-kira setengah jam lebih sebelum pembentangan Mak yung dimulakan.

Pembentangan Mak Yung kali ini dianggotai oleh semua ahli yang bangsa cina dan seorang bumiputra sabah. Mereka berjaya menarik perhatian kita dengan memulakan pembentangan dengan meminta semua pelajar muzik tradisional membuat tarian menghadap rebab mengikut pergerakkan mereka. Bagi saya pengalaman ini sangat menarik kerana sebelum ini saya tidak pernah mencuba tarian ini. Tetapi oleh kerana kesuntukkan masa, pembentangan mereka sangat ringkas dan mereka hanya menekankan kepada point-point yang penting sahaja. selain itu, Bahasa komunikasi juga tidak berapa lancar tetapi segalanya berjalan dengan baik dan lancar.

Tahniah kepada kumpulan MaK yung. pada kumpulan pembentangan minggu ke 10 pula, saya mengharapkan kumpulan tersebut akan lebih menarik lagi.
Teruskan Membaca...

Sunday, September 19, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-8

Assalamualaikum dan salam lebaran Aidilfitri...

Kuliah pada minggu ke 8 membincangkan sebuah lagu muzik tradisional muzik yang dikategorikan sebagai muzik dramatari iaitu menora. pada pendapat saya, persembahan menora cukup mantap dan bagus sekali. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan berjaya menyampaikan dengan baik disamping berjaya menjawap soalan-soalan yang diberikan oleh pelajar-pelajar lain. Kumpulan ini telah menunjukan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan.

Diakhir persembahan apabila ahli kumpulan mempersembahkan demo yang dihasilkan oleh mereka sendiri amat menarik sekali. Saya berharap pada kumpulan yang seterusnya akan lebih baik dan berjaya menghasilkan pembentangan yang bagus. Hasil dari perbentangan saya telah memahami sedikit sebanyak mengenai menora iaitu menora dikategorikan sebagai muzik drama tari. Persembahan menora meliputi mendatari, pembaca puisi, pemimpin kumpulan/pelakon/ penari persembahan itu. Dipetik dari kitab-kitab Mahabrata. Menora mempunyai 12 buah cerita asal, tetapi ada 7 buah cerita asal yang sudah diubahsuai.

sekian terima kasih..
Teruskan Membaca...

Tuesday, August 31, 2010

HURNAL REFLEKSI MINGGU KE-7

Asalamualaikum..

Minggu ini adalah minggu ke 7 dan merupakan minggu pertama untuk pembentangan. Dalam minggu ini, terdapat 2 kumpulan yang membentang iaitu tajuk keroncong dan tajuk kuda kepang.

Kumpulan pertama iaitu keroncong membuat pembentangan yang menarik dengan memberi contoh alat muzik serta cara permainannya. Mereka juga menjelaskan perbezaan antara semua alat muzik ini. Kumpulan ini memilih keroncong dan mereka juga telah membuat kerja lapangan di UPSI kerana Fakulti Muzik dan Seni Persembahan mempunyai sekumpulan pelajar yang mahir dalam keroncong malah popular dalam bidang ini. Mereka telah menunjukkan cara permainan dan contoh persembahan keroncong.

Manakala kumpulan kedua pula iaitu kuda kepang. Saya amat berminat terhadap tajuk ini kerana seni muzik ini mempunyai keunikkannya dan banyak pantang larang yang per dipatuhi. Kumpulan ini telah berjaya mencari sasaran kerja lapangan yang sesuai iaitu seorang pemain kuda kepang yang berpengalaman iaitu ayah kepada salah seorang pembentang hari ini. Beliau menjelaskan cara permainan dan alat muzik yang terdapat dalam kuda kepang.

Secara keseluruhannya, pada pandangan saya kedua-dua kmpulan ini sangat bagus dan ini merupakan kumpulan pembentangan yang pertama berjaya dibentangkan dengan baik sekali. Tahniah kepada semua pembentang pada minggu ke -7
Teruskan Membaca...

Tuesday, August 24, 2010

JURNAL REFLEKSI MG KE-6



Assalamualaikum..

Jurnal minggu ke-6 datang lagi. Pada jurnal refleksi minggu ke-6 ini, saya telah mengikuti kuliah en. Amran mengenai Makyong dan juga Kompang. Apa yang boleh saya katakan di sini, minggu ke-6 sangat happening dan enjoy.

Seperti biasa, sebelum mengikuti kelas pada minggu ke-6, pengetahuan saya mengenai kompang dan Makyong sangat terbatas. Saya tidak mengetahui cerita sebenar mengenai Makyong. Pada minggu ke-6, saya telah mengetahui mengapa Makyong terdiri daripada kaum wanita sahaja dan bukan dari kaum lelaki. Hal ini kerana, pada zaman dahulu kala, di dalam istana, apabila kaum lelaki keluar berperang maka Makyong dimainkan di istana untuk memecah kesunyian dalam istana. oleh kerana kaum lelaki kebanyakkan pergi berperang, maka bagi mengelakan berlakunya perasaan cemburu terhadap wanita-wanita istana maka Makyong dipersembahkan oleh kaum wanita sahaja. Hal ini bagi mengelakkan kaum wanita diistana terpikat kepada lelaki lain semasa sepeninggalan kaum lelaki pergi berperang. Sebelum ini saya tidak tahu lansung akan cerita disebalik Makyong. setelah mengikuti kuliah minggu ke-6, saya telah mengetahui sejarah Makyong, jenis alatan yang digunakan dan juga jenis musik Makyong.

MAKYONG

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan]], Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

SEJARAH MAKYONG

Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

JENIS-JENIS MAKYONG

Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-

* Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
* Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
* Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
* Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
* Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
* Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
* Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.




KOMPANG

Seterusnya pada minggu ke-6, saya juga telah mempelajari sejarah Kompang, Alat muzik kompang dan Muzik Kompang mengikut tempo dan rentak. Sebelum ini saya tidak pernah sekalipun memegang Kompang dan saya hanya melihat orang bermain Kompang sahaja di kenduri kawin, majlis keramaian dan lain-lain Majlis lagi. kali ini, pada kuliah minggu ke-6, saya sendiri telah bermain Kompang bersama kawan-kawan sambil menyanyikan lagu Madu Tiga. saya merasa sangat terharu dan sangat seronok kerana itulah pertama kali saya memegang dan bermain Kompang.

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Gambar belakang bahagian kompang.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Saya berharap, pada minggu yang seterusnya, kuliah yang akan disampaikan akan lebih menarik dan lebih happening lagi..

Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar Kump A

Blog pelajar Kump B

Blog pelajar Kump C

SMP 2252 EMMA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template